Antara Sebab Wanita Jepun Dan Korea Tidak Mengalami Masalah Jerawat



Setiap wanita inginkan kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti gadis Korea dan Jepun. Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam kecantikan. Walaupun kedua negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namun mereka hanya mengamalkan rutin mudah je untuk dapatkan kulit yang cantik.

 1. Mereka Mengamalkan Teh Hijau Setiap Hari
  • Gadis Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau boleh membebaskan kulit anda dari jerawat kerana mengandungi antioksidan yang baik.
2. Kerap Menggunakan Penyegar Wajah
  • Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati, melembabkan sel kulit kering dan mampu membersihkan wajah anda dengan sempurna iaitu bebas dari bakteria atau debu halus.
3. Amalkan Senaman Wajah Agar Kulit Wajah Lebih Cantik
  • Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
4. Urutan Pada Wajah Menyerikan Lagi Kulit Wajah
  • Rahsia wajah berseri adalah dengan melakukan urutan pada wajah. Ia menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
5. Mengunakan Pencuci Muka Yang Betul
  • Gadis Korea dan Jepun menggunakan Cleansing Oil kerana ia mampu bersihkan mekap dengan sempurna, sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Patutlah tak ada jerawat.
6. Menggunakan "Mask" atau "Bedak Sejuk" 
  • Cuba anda perhatikan cerita Korea atau Jepun, mereka selalu memakai "mask" sebelum tidur dan ini menandakan ini adalah rutin harian mereka.

sumber: hanasuva

Comments

Popular Posts